Oleh kerana Bazuki telah melaksanakan tugas dengan surat khabar Reuters dan U.S, beliau telah dianugerahkan sebagai pemegang anugerah Wartawan Foto dan Editor. Latar belakang pendidikan, beliau meruapakan graduan di Louisiana University. Sebelum pulang ke Malaysia, selepas graduasi beliau bekerja sebagai arkitek di New Orleans dan Tennessee selama 10 tahun. Dalam dunia fotografi, menurut beliau, " lens yang terbaik adalah mata dia sendiri. "
Berdasarkan gambar- gambar yang dipamerkan pada pameran tersebut, bagi pandangan saya, Bazuki banyak menghidangkan gambar yang mempunyai nilai humanistik dan bersifat candid. Kebanyakan gambar yang dipamerkan mampu menyentuh jiwa dan perasaan seseorang insan manusia yang normal. Tidak kira lah perasaan kesian, gelak tawa, hiba, dan sebagainya. Kesemua itu menjurus kepada satu bentuk penceritaan suatu objek yang bisu namun mampu memberikan gambaran yang cukup jelas dan indah dalam kaca mata seorang manusia. Berikut adalah hasil ' selaman ' ketika mengunjungi pameran foto Bazuki di Balai NSTP, Jalan Riong, Bangsar.
Di ruang masuk sudah 'dihidangkan' dengan gambar yang agak menarik pengunjung.
Sekali gus mambawa pengunjung untuk terus melihat di sisi lain bahagian pameran ini.
60D | 10mm | 1/100 | f4.0 | iso 640
Kelihatan raut wajah yang sedang menahan sakit. Keadaan ini membawa suatu dimensi kasihan dalam hati pengunjung dengan adanya penceritaan yang agak jelas melalui penyampaian gambar yang lengkap dari padat sudut gambar itu diambil, cahaya yang cukup, jelas dan sebagainya. Walaupun umumnya ingin menyampaikan motif tentang kesakitan namun, terdapat satu gambar yang menunjukkan satu sudut penyampaian yang sebaliknya, iaitu kegembiraan. Di sini, wujud satu kepelbagaian nilai penyampaian iaitu kesedihan kerana ketakutan dan juga nilai kegembiraan.
Berdasarkan gambar ini, Bazuki dilihat ingin menggunakan konsep 'minimalist' pada gambar tersebut. Konsep ini memerlukan kreativiti yang cukup tinggi untuk menilai suatu komposisi yang sangat tepat dengan konsep yang ingin dibawa. Walaupun agak sukar kerana memerlukan daya idea kreativiti yang tinggi, namun hasilnya amat mudah menarik mata pengunjung. Antara kreativiti Bazuki yang dapat dilihat ialah pada posisi kameranya(lebih kurang 30% di dalam air manakala selebihnya di atas air). Kedua, interaksi antara subjek hidup yang terdapat dalam gambar tersebut. Bagi sesebuah hasil ' street photography ' yang lengkap adalah berdasarkan interaksi subjek hidup yang terdapat dalam gambar tersebut. Seandainya tiada interaksi, maka gambar itu sekadar mampu menjadi gambar mati, kosong, tiada apa- apa penceritaan yang ingin disampaikan.
Gambar ini membawa satu perasaan yang sangat dramatik. Masa, sudut kamera yang diambil oleh Bazuki amat tepat dan kena pada emosi dalam gambar tersebut dimana sepasang pengantin sejoli walaupun banjir melanda, namun perasaan gembira untuk menyambut hari bahagia itu masih ada. Bazuki berjaya membawa 'moment' dalam gambar itu kepada pengunjung.
1. Establishing shot
2. Midrange shot
3. Closed Up
Gambar lain.
No comments:
Post a Comment