Thursday, 9 April 2015

KEWARTAWANAN FOTO

Tokoh : Saiful Nang



Mohamad Saiful Nang dikenali dengan hasil gambar perkahwinan yang sangat tinggi. Beliau mendapat kelulusan professional Master in Photography by MPA (UK). Beliau juga merupakan ahli berdaftar di bawah Wedding & Portrait Photographer International, USA. Beliau merupakan anak tempatan yang dikenali dengan seorang jurugambar profesional yang terkenal dan mempunyai pengaruh yang agak besar dalam kalangan jurugambar- jurugambar bukan sahaja di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa. Atas kejayaan itu, tidak hairanlah anak muda kelahiran Kajang ini berjaya bergelar jutawan pada usia 30 tahun. 

Tersenarai dalam Top 10 Malaysian

Saiful Nang merupakan pengerusi eksekutif dan pengasas dalam Kumpulan Syarikat Colours of Asia Sdn Bhd. Di bawah syarikat ini terdapat anak syarikat lain yang terdiri dari Candidsyndrome Sdn Bhd, Saiful Nang Academy Sdn Bhd, OMG Creative Sdn Bhd, sebuah rumah kebajikan amal iaitu Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin dan beberapa syarikat lain. 

Secara umumnya dengan tertubuhnya pelbagai syarikat di bawah kelolaan itu, nama beliau berjaya tersenarai dalam Top 10 Malaysian di mana antara individu yang tersenarai sebaris dengan beliau ialah Tan Sri Anthony Fernandes, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun Sidek. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan di mana walaupun hanya bergelar jurugambar tetapi beliau mampu tersenarai dalam satu anugerah yang sangat berprestij.

Mengharumkan Malaysia di peringkat antarabangsa

Saiful Nang berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam bidang fotografi negara ke peringkat antarabangsa melalui perkhidmatan profesional yang disediakan di bawah syarikat Candidsyndrome. Syarikat ini mempunyai pelanggan yang tersendiri kerana perkhidmatan dan kemahiran fotografinya yang eksklusif. Nama Candidsyndrome telah dikenali di pelbagai negara seperti Brunei, Sweden, Indonesia dan juga Singapura.

Keadaan ini jelas terbukti apabila syarikat ini berjaya membuka cawangannya di Brunei atas permintaan khidmat fotografinya yang sentiasa konsisten sehingglah syarikat ini diambil sebagai satu- satunya kumpulan jurugambar rasmi ketika perkahwinan di Raja Brunei pada tahun 2007.

Tambahan, di bawah jenama Candidsyndrome ini, beliau telah membangunkan akademi berkaitan fotografi dan videografi beliau sendiri yang dikenali dengan jenama Saiful Nang Academy of Photography (SNAP). Akademi ini telah mencatatkan bilangan penuntut seramai 30,000 jurugambar di Malaysia.

Pekerti mulia

Secara amnya, penubuhan Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin ini bukan untuk bermotifkan keuntungan semata- mata tetapi tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk membuat amal dan kebajikan atas keuntungan yang telah diperolehi atas anak- anak syarikat di bawah Colours of Asia Sdn Bhd yang lain.

Pertubuhan ini dikelola oleh Saiful Nang sendiri dimana beliau mencorakkan pertubuhan ini dengan berlandaskan pembangunan akhlak dan penyelidikan pusat kajian pembangunan peradaban islam moden. Keutamaan pertubuhan ini adalah untuk individu yang bergelar anak yatim dan asnaf yang terbiar. Keadaan ini telah menaikkan nama beliau sendiri di mana sifat kemanusiaan dan kebajikan yang cukup tinggi dan akhirnya menjadi satu ikon baru kepada anak muda di Malaysia bukan sahaja dalam bidang fotografi malahan budi yang pekerti.



Ketika membuat percutian sambil belajar di India.


Pra perkahwinan Scha dan Awal Ashaari.


Majlis perkahwinan di Raja Brunei.


Rujukan:


http://blog.saifulnang.net
http://www.candidsyndrome.com/#!/ABOUT
http://prihatin.net.my/blog/2013/08/19/warga-prihatin
http://orkedsaiful.blogspot.com/2011/05/orked-bangga-ada-daddy-saiful-nang.html




No comments:

Post a Comment