Friday, 10 April 2015

KEWARTAWANAN FOTO

Kewartawanan Foto Sukan

Fotografi sukan merupakan suatu cabang fotografi yang merangkumi semua aspek sukan. Fotografi sukan adalah antara yang menarik untuk dirakamkan. Hal ini kerana subjek kebiasaannya bergerak dengan agak pantas. Mata, idea, dan fizikal sebagai seorang jurufoto sukan harus mantap untuk mendapatkan gambar sukan yang berkualiti tinggi.

Mana- mana agensi sukan yang berdaftar dalam sesebuah acara sukan secara rasmi mempunyai pulangan dan skop jualan yang amat besar. Sebagai contoh, sukan lumba F1 mempunyai jurufoto mereka yang tersendiri yang dibawa kemana sahaja perlumbaan diadakan. Bermaksud, sebarang penggunaan material gambar pada hari perlumbaan adalah melalui mereka sahaja dan dikenakan bayaran tertentu kerana mereka merupakan jurufoto rasmi sukan berkenaan.

Peralatan yang biasanya digunakan adalah seperti seperti telephoto Lens, atau Zooms Lens antara 200 - 500 mm membolehkan segala pergerakan atlet boleh dirakamkan dengan berbagai aksi. Namun, asasnya kesemua itu bergantung kepada keperluan pada masa dan kehendak tertentu. Kadang- kala jurufoto tidak memerlukan telephoto lens seperti ketika penyampaian hadiah dan sebagainya mereka memerlukan hanya wide lens. Selain itu, keperluan yang penting adalah tripod ataupun dalam keadaan yang mengkehendaki jurufoto bergerak pantas, monopod adalah penyelesaian kepada keperluan itu.

Lokasi atau kedudukan seseorang jurufoto itu amat penting. Hal ini kerana ia berkaitan untuk mendapatkan gambar yang berkualiti dari sudut subjek, tiada masalah kekaburan dan sebagainya. Jurufoto juga mempunyai larangan tertentu yang perlu diingati selalu. Antaranya ialah, mereka dilarang untuk menggunakan flash. Hal ini kerana ia mampu memberi gangguan kepada pemain dalam sesebuah sukan itu untuk beraksi dengan lancar. Maka, telephoto lens adalah sangat- sangat diperlukan ketika ini.




 Jurufoto sukan badminton. Monopod membantu menyokong lens yang agak besar dan berat. Seterusnya memberi kestabilan kepada jurufoto dan memberikan hasil yang berkualiti tanpa masalah kabur.


Kepelbagaian lens penting dalam sesetengah bentuk sukan.



Kadang kala, jurufoto sukan bukan semata- mata mengambil aksi pemain tetapi penonton juga. 

No comments:

Post a Comment