Fotografi sukan merupakan suatu cabang
fotografi yang merangkumi semua aspek sukan. Fotografi sukan adalah antara yang
menarik untuk dirakamkan. Hal ini kerana subjek kebiasaannya bergerak dengan
agak pantas. Mata, idea, dan fizikal sebagai seorang jurufoto sukan harus
mantap untuk mendapatkan gambar sukan yang berkualiti tinggi.
Mana- mana agensi sukan yang berdaftar
dalam sesebuah acara sukan secara rasmi mempunyai pulangan dan skop jualan yang
amat besar. Sebagai contoh, sukan lumba F1 mempunyai jurufoto mereka yang
tersendiri yang dibawa kemana sahaja perlumbaan diadakan. Bermaksud, sebarang
penggunaan material gambar pada hari perlumbaan adalah melalui mereka sahaja
dan dikenakan bayaran tertentu kerana mereka merupakan jurufoto rasmi sukan
berkenaan.
Peralatan yang biasanya digunakan adalah
seperti seperti telephoto Lens, atau Zooms Lens antara 200 - 500 mm membolehkan
segala pergerakan atlet boleh dirakamkan dengan berbagai aksi. Namun, asasnya
kesemua itu bergantung kepada keperluan pada masa dan kehendak tertentu.
Kadang- kala jurufoto tidak memerlukan telephoto lens seperti ketika
penyampaian hadiah dan sebagainya mereka memerlukan hanya wide lens. Selain
itu, keperluan yang penting adalah tripod ataupun dalam keadaan yang
mengkehendaki jurufoto bergerak pantas, monopod adalah penyelesaian kepada keperluan itu.
Lokasi atau kedudukan seseorang jurufoto itu amat penting. Hal ini kerana ia berkaitan untuk mendapatkan gambar yang berkualiti dari sudut subjek, tiada masalah kekaburan dan sebagainya. Jurufoto juga mempunyai larangan tertentu yang perlu diingati selalu. Antaranya ialah, mereka dilarang untuk menggunakan flash. Hal ini kerana ia mampu memberi gangguan kepada pemain dalam sesebuah sukan itu untuk beraksi dengan lancar. Maka, telephoto lens adalah sangat- sangat diperlukan ketika ini.
Kadang kala, jurufoto sukan bukan semata- mata mengambil aksi pemain tetapi penonton juga.