Friday, 10 April 2015

KEWARTAWANAN FOTO

Kewartawanan Foto Sukan

Fotografi sukan merupakan suatu cabang fotografi yang merangkumi semua aspek sukan. Fotografi sukan adalah antara yang menarik untuk dirakamkan. Hal ini kerana subjek kebiasaannya bergerak dengan agak pantas. Mata, idea, dan fizikal sebagai seorang jurufoto sukan harus mantap untuk mendapatkan gambar sukan yang berkualiti tinggi.

Mana- mana agensi sukan yang berdaftar dalam sesebuah acara sukan secara rasmi mempunyai pulangan dan skop jualan yang amat besar. Sebagai contoh, sukan lumba F1 mempunyai jurufoto mereka yang tersendiri yang dibawa kemana sahaja perlumbaan diadakan. Bermaksud, sebarang penggunaan material gambar pada hari perlumbaan adalah melalui mereka sahaja dan dikenakan bayaran tertentu kerana mereka merupakan jurufoto rasmi sukan berkenaan.

Peralatan yang biasanya digunakan adalah seperti seperti telephoto Lens, atau Zooms Lens antara 200 - 500 mm membolehkan segala pergerakan atlet boleh dirakamkan dengan berbagai aksi. Namun, asasnya kesemua itu bergantung kepada keperluan pada masa dan kehendak tertentu. Kadang- kala jurufoto tidak memerlukan telephoto lens seperti ketika penyampaian hadiah dan sebagainya mereka memerlukan hanya wide lens. Selain itu, keperluan yang penting adalah tripod ataupun dalam keadaan yang mengkehendaki jurufoto bergerak pantas, monopod adalah penyelesaian kepada keperluan itu.

Lokasi atau kedudukan seseorang jurufoto itu amat penting. Hal ini kerana ia berkaitan untuk mendapatkan gambar yang berkualiti dari sudut subjek, tiada masalah kekaburan dan sebagainya. Jurufoto juga mempunyai larangan tertentu yang perlu diingati selalu. Antaranya ialah, mereka dilarang untuk menggunakan flash. Hal ini kerana ia mampu memberi gangguan kepada pemain dalam sesebuah sukan itu untuk beraksi dengan lancar. Maka, telephoto lens adalah sangat- sangat diperlukan ketika ini.




 Jurufoto sukan badminton. Monopod membantu menyokong lens yang agak besar dan berat. Seterusnya memberi kestabilan kepada jurufoto dan memberikan hasil yang berkualiti tanpa masalah kabur.


Kepelbagaian lens penting dalam sesetengah bentuk sukan.



Kadang kala, jurufoto sukan bukan semata- mata mengambil aksi pemain tetapi penonton juga. 

Thursday, 9 April 2015

KEWARTAWANAN FOTO

PAMERAN FOTO BAZUKI

Oleh kerana Bazuki telah melaksanakan tugas dengan surat khabar Reuters dan U.S, beliau telah dianugerahkan sebagai pemegang anugerah Wartawan Foto dan Editor. Latar belakang pendidikan, beliau meruapakan graduan di Louisiana University. Sebelum pulang ke Malaysia, selepas graduasi beliau bekerja sebagai arkitek di New Orleans dan Tennessee selama 10 tahun. Dalam dunia fotografi, menurut beliau, " lens yang terbaik adalah mata dia sendiri. "

Berdasarkan gambar- gambar yang dipamerkan pada pameran tersebut, bagi pandangan saya, Bazuki banyak menghidangkan gambar yang mempunyai nilai humanistik dan bersifat candid. Kebanyakan gambar yang dipamerkan mampu menyentuh jiwa dan perasaan seseorang insan manusia yang normal. Tidak kira lah perasaan kesian, gelak tawa, hiba, dan sebagainya. Kesemua itu menjurus kepada satu bentuk penceritaan suatu objek yang bisu namun mampu memberikan gambaran yang cukup jelas dan indah dalam kaca mata seorang manusia. Berikut adalah hasil ' selaman ' ketika mengunjungi pameran foto Bazuki di Balai NSTP, Jalan Riong, Bangsar.



Di ruang masuk sudah 'dihidangkan' dengan gambar yang agak menarik pengunjung. 
Sekali gus mambawa pengunjung untuk terus melihat di sisi lain bahagian pameran ini.
60D | 10mm | 1/100 | f4.0 | iso 640 

Kelihatan raut wajah yang sedang menahan sakit. Keadaan ini membawa suatu dimensi kasihan dalam hati pengunjung dengan adanya penceritaan yang agak jelas melalui penyampaian gambar yang lengkap dari padat sudut gambar itu diambil, cahaya yang cukup, jelas dan sebagainya. Walaupun umumnya ingin menyampaikan motif tentang kesakitan namun, terdapat satu gambar yang menunjukkan satu sudut penyampaian yang sebaliknya, iaitu kegembiraan. Di sini, wujud satu kepelbagaian nilai penyampaian iaitu kesedihan kerana ketakutan dan juga nilai kegembiraan.


Berdasarkan gambar ini, Bazuki dilihat ingin menggunakan konsep 'minimalist' pada gambar tersebut. Konsep ini memerlukan kreativiti yang cukup tinggi untuk menilai suatu komposisi yang sangat tepat dengan konsep yang ingin dibawa. Walaupun agak sukar kerana memerlukan daya idea kreativiti yang tinggi, namun hasilnya amat mudah menarik mata pengunjung. Antara kreativiti Bazuki yang dapat dilihat ialah pada posisi kameranya(lebih kurang 30% di dalam air manakala selebihnya di atas air). Kedua, interaksi antara subjek hidup yang terdapat dalam gambar tersebut. Bagi sesebuah hasil ' street photography ' yang lengkap adalah berdasarkan interaksi subjek hidup yang terdapat dalam gambar tersebut. Seandainya tiada interaksi, maka gambar itu sekadar mampu menjadi gambar mati, kosong, tiada apa- apa penceritaan yang ingin disampaikan.


Gambar ini membawa satu perasaan yang sangat dramatik. Masa, sudut kamera yang diambil oleh Bazuki amat tepat dan kena pada emosi dalam gambar tersebut dimana sepasang pengantin sejoli walaupun banjir melanda, namun perasaan gembira untuk menyambut hari bahagia itu masih ada. Bazuki berjaya membawa 'moment' dalam gambar itu kepada pengunjung.

1. Establishing shot




2. Midrange shot




3. Closed Up

Gambar lain.









KEWARTAWANAN FOTO

Features dan portrait

a) Sumber dari berita online

1) Gambar feature

Sumber : themalaysianinsider
26 September 2014
Gambar ini kelihatan 'semulajadi' kerana ia diambil dengan menggunakan fokal lens yang agak panjang, subjek tidak dapat mengesan jurufoto mengambil gambar beliau secara langsung. Justeru, gambar ini kelihatan tidak dibuat- buat kerana ia lebih kelihatan candid dalam suasana orang ramai sedang khusyuk mendengar dalam sesebuah majlis.

Sumber : Berita Harian
10 March 2015

Gambar ini menunjukkan raut wajah kesedihan yang terpancar oleh pendatang yang terselamat daripada kejadian bot karam di Haiti apabila melihat seramai 21 mayat yang lemas. 

Sumber : Kosmo
10 April 2015

Seorang pelarian melalui sebuah bangunan yang teruk dibedil oleh kumpulan Militan Negara Islam(IS) di kem pelarian Yarmuk.


2) Gambar potrait
Sumber : Kosmo
10 April 2015
Gambar potrait kerana ia bukannya diambil secara tidak dirancang. Ia diambil dengan arah tubuh dan gaya yang sesuai dimuatkan sebagai gambar yang cukup sempurna untuk orang ramai. Berdasarkan konteks PU Hafiz, gambar ini untuk tatapan peminat- peminat beliau.


b) Hasil gambar sendiri

1. Gambar feature

Dua pasang kekasih mengambil gambar pasangan masing- masing di Nami Island, Korea Selatan.
60D | 18mm | 1/320 | f4.0 | iso 400 | Lightroom


Walaupun mengalami masalah kaki tempang. Seorang lelaki tua masih mampu mengambil gambar sebagai hobinya di Istana Gyungbukgong, Korea Selatan.
60D | 55mm | 1/250 | f5.6 | iso 125


2. Gambar potrait

Amin, Shahrul dan Saiful mengabadikan kenangan konvokesyen 2014 bersama teman 
Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah.
60D | 40mm | 1/200 | f4.0 | iso 800 

Walaupun mengalami penyakit kanser, Shahrul(tengah,depan) masih mampu tersenyum bersama rakannya yang lain.
60D | 50mm | 1/50 | f2.0 | iso 640 

KEWARTAWANAN FOTO

Jenis shot , contoh dan caption

Kebiasaannya seseorang jurugambar akan menjadikan tiga asas fotografi iaitu establishing shots, midrange shot dan close- up. Ia merupakan satu kaedah dan cara yang agak mudah untuk memastikan kepelbagaian jenis foto yang ingin diambil oleh seorang jurugambar.


1          1. Establishing shots


Gambar yang diambil adalah suatu gambar yang mempunyai keseluruhan suasana di sesuatu kawasan  tersebut.



Suasana di Myeongdong, Korea sekitar tengah malam minggu.
60D | 28mm | 1/100 | f4.5 | iso 800 | Lightroom


Kampung Penarak, Langkawi
60D | 10mm | 1/100 | f18 | iso 100 | Lightroom
2. Midrange shots

Subjek dan suasana sekeliling seimbang.



Suatu ketika dahulu di zaman muda.
60D | 48mm | 1/1600 | f3.2 | iso 125


Berkawan tanpa gelak, itu bukan persahabatan.
60D | 30mm | 1/50 | f2.0 | iso 2000


3. Close - up 

Gambaran 'terus' kepada subjek.


Subjek cuba membawakan suatu motif kesedihan dengan mengaplikasi kemahiran " low key ".
60D | 30mm | 1/125 | f16 | iso 100 | Lightroom

Penggunaan lens dan focal antara subjek yang kurang sesuai.
60D | 11mm | 1/25 | f14 | iso 640

KEWARTAWANAN FOTO

Tokoh : Saiful Nang



Mohamad Saiful Nang dikenali dengan hasil gambar perkahwinan yang sangat tinggi. Beliau mendapat kelulusan professional Master in Photography by MPA (UK). Beliau juga merupakan ahli berdaftar di bawah Wedding & Portrait Photographer International, USA. Beliau merupakan anak tempatan yang dikenali dengan seorang jurugambar profesional yang terkenal dan mempunyai pengaruh yang agak besar dalam kalangan jurugambar- jurugambar bukan sahaja di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa. Atas kejayaan itu, tidak hairanlah anak muda kelahiran Kajang ini berjaya bergelar jutawan pada usia 30 tahun. 

Tersenarai dalam Top 10 Malaysian

Saiful Nang merupakan pengerusi eksekutif dan pengasas dalam Kumpulan Syarikat Colours of Asia Sdn Bhd. Di bawah syarikat ini terdapat anak syarikat lain yang terdiri dari Candidsyndrome Sdn Bhd, Saiful Nang Academy Sdn Bhd, OMG Creative Sdn Bhd, sebuah rumah kebajikan amal iaitu Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin dan beberapa syarikat lain. 

Secara umumnya dengan tertubuhnya pelbagai syarikat di bawah kelolaan itu, nama beliau berjaya tersenarai dalam Top 10 Malaysian di mana antara individu yang tersenarai sebaris dengan beliau ialah Tan Sri Anthony Fernandes, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun Sidek. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan di mana walaupun hanya bergelar jurugambar tetapi beliau mampu tersenarai dalam satu anugerah yang sangat berprestij.

Mengharumkan Malaysia di peringkat antarabangsa

Saiful Nang berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam bidang fotografi negara ke peringkat antarabangsa melalui perkhidmatan profesional yang disediakan di bawah syarikat Candidsyndrome. Syarikat ini mempunyai pelanggan yang tersendiri kerana perkhidmatan dan kemahiran fotografinya yang eksklusif. Nama Candidsyndrome telah dikenali di pelbagai negara seperti Brunei, Sweden, Indonesia dan juga Singapura.

Keadaan ini jelas terbukti apabila syarikat ini berjaya membuka cawangannya di Brunei atas permintaan khidmat fotografinya yang sentiasa konsisten sehingglah syarikat ini diambil sebagai satu- satunya kumpulan jurugambar rasmi ketika perkahwinan di Raja Brunei pada tahun 2007.

Tambahan, di bawah jenama Candidsyndrome ini, beliau telah membangunkan akademi berkaitan fotografi dan videografi beliau sendiri yang dikenali dengan jenama Saiful Nang Academy of Photography (SNAP). Akademi ini telah mencatatkan bilangan penuntut seramai 30,000 jurugambar di Malaysia.

Pekerti mulia

Secara amnya, penubuhan Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin ini bukan untuk bermotifkan keuntungan semata- mata tetapi tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk membuat amal dan kebajikan atas keuntungan yang telah diperolehi atas anak- anak syarikat di bawah Colours of Asia Sdn Bhd yang lain.

Pertubuhan ini dikelola oleh Saiful Nang sendiri dimana beliau mencorakkan pertubuhan ini dengan berlandaskan pembangunan akhlak dan penyelidikan pusat kajian pembangunan peradaban islam moden. Keutamaan pertubuhan ini adalah untuk individu yang bergelar anak yatim dan asnaf yang terbiar. Keadaan ini telah menaikkan nama beliau sendiri di mana sifat kemanusiaan dan kebajikan yang cukup tinggi dan akhirnya menjadi satu ikon baru kepada anak muda di Malaysia bukan sahaja dalam bidang fotografi malahan budi yang pekerti.



Ketika membuat percutian sambil belajar di India.


Pra perkahwinan Scha dan Awal Ashaari.


Majlis perkahwinan di Raja Brunei.


Rujukan:


http://blog.saifulnang.net
http://www.candidsyndrome.com/#!/ABOUT
http://prihatin.net.my/blog/2013/08/19/warga-prihatin
http://orkedsaiful.blogspot.com/2011/05/orked-bangga-ada-daddy-saiful-nang.html